Maklumat Produk & Informasi Terkini, Promosi
Cara Lelaki Mendekati Di Malam Pertama
Lelaki yang mendekati anda di malam pertama dengan pujian-pujian verbal mahupun tidak, patutlah menjadikan anda rasa gembira. Tapi samada itu adalah tanda cinta yang tulen, satu pujukan untuk melakukan hubungan seks, atau hanya tinggal pujian adalah bergantung kepada apa yang menyusuli perlakuan itu:
1. Tanda Pada Matanya.
Jika matanya merenung, itu menunjukkan dia berminat tetapi dia mendapati anda sedikit menekan perasaannya. Jika keningnya terangkat itu tandanya dia lebih berani. Jika renungan matanya tepat, itu adalah tanda dia berani menawan anda.
2. Tanda Senyumannya.
Sekiranya lelaki itu memberikan senyuman yang hangat dan kelihatan terbuka, ia tanda bahawa dia secara tulen berminat kepada anda. Jika dia senyum tetapi kelihatan tegang dan tertutup itu menunjukkan dia kurang yakin atau mungkin dia tidak percaya pada wanita.
3. Menjilat Bibirnya.
Walaupun wanita tidak begitu menyukai kelakuan seperti ini, ia adalah tanda bahawa lelaki itu berani, syahwatnya bangkit, dan dia akan melakukan cumbuan-cumbuan dengan bernafsu.
4. Berjenaka.
Jika dia banyak berjenaka ketika itu, dia adalah lelaki yang merasa tidak selesa apabila mahu menjadi agresif. Hubungan seks memerlukan lelaki menjadi agresif. Anda perlulah memberikan keyakinan kepadanya agar dia berani meneruskan niatnya untuk mencumbui anda.
5. Menyentuh Dan Membelai.
Dia adalah lelaki yang berani dan yakin. Dia diakwal oleh rasa keberahian dan menggunakan sentuhan dan belaian untuk mengawal hubungannya dengan anda.
6. Memuji.
Ini perlulah diperhatikan. Ada lelaki yang memang ikhlas dengan pujian, sedangkan ada pula yang mempunyai tujuan lain. Apa yang harus anda lakukan ialah menumpukan perhatian kepada apa yang dia katakan. Sekiranya dia memuji secara patut, anda telah menemui lelaki yang tidak takut untuk menyuarakan apa yang dirasakan di dalam hatinya.
| Print article | This entry was posted by admin on February 11, 2011 at 3:24 am, and is filed under Perkongsian Ilmu, Produk Lelaki. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



























