Maklumat Produk & Informasi Terkini, Promosi
Perempuan Zina nak Kawin dengan Siapa ??

Yang dimaksud perempuan zina di sini, ialah perempuan-perempuan nakal yang pekerjaannya berzina (pelacur).
Dalam hal ini ada suatu riwayat yang diceriterakan oleh Murtsid dari Abu Murtsid, bahawa dia minta izin kepada Nabi untuk kahwin dengan pelacur yang telah dimulainya perhubungan ini sejak zaman jahiliah, namanya: Anaq. Nabi tidak menjawabnya sehingga turunlah ayat yang berbunyi:
“Laki-laki berzina tidak (patut) kahwin, melainkan dengan perempuan penzina atau musyrik; dan seorang perempuan tukang zina tidak (patut) kahwin, melainkan dengan laki-laki penzina atau musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mu’min.” (an-Nur: 3)
Kemudian beliau bacakan ayat tersebut dan berkata: “Jangan kamu kahwin dengan dia.” (Abu Daud, Nasa’i dan Tarmizi)
Ini justru Allah hanya memperkenankan kahwin dengan perempuan-perempuan mu’minah yang muhshanah atau ahli kitab yang muhshanah juga seperti yang telah diterangkan terdahulu. Sedang apa yang dimaksud dengan muhshanah, iaitu yang terpelihara.
Syarat muhshanah ini berlaku juga untuk laki-laki, yang selanjutnya disebut muhshan seperti yang dikatakan Allah dalam surah an-Nisa’ 24: “yang terpelihara, bukan penzina”.
Barangsiapa tidak mahu menerima hukum ini yang bersumber dari kitabullah dan tidak mahu menepatinya, maka dia adalah musyrik, yang tidak boleh dikahwin kecuali oleh orang musyrik juga. Dan barangsiapa yang mengakui hukum ini dan menerima serta mendukungnya, tetapi dia menyimpang dari hukum tersebut dan kahwin dengan orang yang diharamkan oleh hukum, maka berarti dia adalah berzina. Ayat tersebut disebutkan sesudah menerangkan masalah dera yang berbunyi sebagai berikut:
“Perempuan yang zina dan laki-laki yang zina, deralah masing-masing mereka itu seratus kali.” (an-Nur: 3)

Dera ini adalah hukuman jasmani, sedang larangan kahwin adalah hukuman moral. Dengan demikian, maka diharamkan mengawasi pelacur sama halnya dengan memurnikan kehormatan warga negara, atau sama dengan menggugurkan kewarga-negaraan orang yang bersangkutan dari hak-haknya yang tertentu menurut istilah sekarang.
Ibnul Qayim setelah menerangkan arti ayat di atas, mengatakan: “Hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran ini sudah selaras dengan fitrah manusia dan sesuai dengan akal yang sihat. Sebab Allah tidak membenarkan hambanya ini sebagai germo untuk mencarikan jodoh seorang pelacur. Fitrah manusia pun akan menganggap jijik. Oleh kerana itu orang-orang apabila mencari kawannya, mereka mengatakan: ‘Kamu suami seorang pelacur.’ Untuk itulah, maka Allah mengharamkan perkahwinan semacam itu kepada orang Islam.”
Dan yang lebih jelas lagi, ialah: bahawa kejahatan seorang perempuan ini dapat merusak tempat tidurnya suami dan keturunan yang justru oleh Allah dijadikan sebagai sarana kesempurnaan kemaslahatan mereka dan dinilai sebagai suatu nikmat. Sedang zina dapat mengakibatkan percampuran air dan meragukan keturunan. Oleh kerana itu termasuk salah satu keistimewaan syariat Islam, ialah mengharamkan kahwin dengan seorang pelacur sehingga dia bertaubat dan mengosongkan rahimnya. Caranya iaitu: paling sedikit haidh satu kali [9].
Lagi pula, bahawa seorang pelacur adalah tidak baik. Sedang Allah menjadikan perkahwinan itu sebagai salah satu jalan untuk mewujudkan rasa cinta dan kasih-sayang (mawaddah warahmah). Dan apa yang disebut mawaddah, iaitu kemurnian cinta. Maka bagaimana mungkin orang yang tidak baik dapat dicintai oleh suami yang baik?
Suami dalam bahasa Arab disebut zauj, yang berasal dari kata izdiwaj artinya: isytibah wat tawazun (serupa dan seirama). Jadi suami-isteri atau zaujan (dalam bahasa Arab), berarti dua orang yang serupa dan seirama, tidak bertolak belakangnya antara yang baik dan yang buruk baik ditinjau secara hukum syar’i ataupun secara ukuran biasa, tidak akan dapat menghasilkan keserasian, seirama, kecintaan dan kasih-sayang. Maka tepatlah apa yang dikatakan Allah:
“Perempuan jahat untuk laki-laki yang jahat, dan laki-laki yang jahat untuk perempuan jahat; dan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.” (an-Nur: 26)
| Print article | This entry was posted by admin on January 27, 2011 at 9:50 am, and is filed under Perkongsian Ilmu. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



























about 1 year ago
salam ziarah dari innit..
su singgah dan komen
maaf blog su tak de kotak chat..
em…..
bagi su …..
Jika seseorang tu dah bertaubat nasuha…berilah peluang agar dia bisa meneruskan hidup ini untuk membina sebuah buku yang baru..biarlah sejarah hitam ditutup dan di abadikan di lubuk sebagai pegalaman dan pengajaran untuk dijadikan iktibar…
pintu taubat jelas masih terbuka..
apa hak manusia untuk tidak memaafkan sedangkan kitanie
hanayalah seorang umat yang lemah ….
sedangkan nabi ampunkan umat nie kan pula kita umatnya..
em……
solat pun kekadang miss…
so renung-renungkanlaah…
salam kenal dari su manje
about 1 year ago
ye saya pun setuju…
tapi kena tanya pakar nasihat macamana nak sembunyikan status..sebab manusia imannya turun naik..
takut tetiba ade sesuatu dalam rumahtangga terungkit plak…
kecewa…
ada baiknya biarkan status dirahsiakan…rasenya untuk kebaikan
bukan menipu..jika tidak tahu
about 1 year ago
em……..
Pendapat su dari lubuk hati yang dlam ini..
Status…..tak elok disimpan….ianya akan menjadi api dalam sekan di sanubari ……
rasa bersalah kerana sembunyikan sesuatu…biarlah tulus…sebab keikhlasan itu ada dalam diri kita …
kalau dia boleh terima dgn redho….atas kita….
ya allah besar ganjarannya disamping memimpin kejalan jalan yang benar….
Soal menipu tu…no 2..kita ketepikan sebentar…
Ini soal hati…kita harus berkongsi ape jua bersama pasangan kita baik yang baik dan yang buruk demi keharmonian umahtangga…..
Sbab…rahsia umahtangga hanya ada pada pasangan….
membuka aib pasangan masing2 adalah dosa…
simple je…
Klau dia mencintai kita dengan pandangan hati…maka tak de masalh…
kalau dia mencintai kita dengan pandangan mata…em..huhuhuhuhuhu
Cinta takleh di paksa …ia datang dari hati turun ke iman….
out dulu…. nanti sambung
about 1 year ago
Bertengkar dalam umah tangga adaalh asam garam…..
tak de seri kalau tak de selisih faham…….
bagaikan aur dengan tebing….ada pasang surut,siang berganti malam…inikan pula manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan…berfikir positif….
itulah proses untuk kita mengenali hati budi pasangan kita…
Sebelum berkahwin kita dh didedahkan dgn kursus perkahwinan….
Panduan-panduan membina isteri dan suami solehah..
Forum-forum..bagaimana membina sebuah keluarga bahagia…rumahku syurga ku..dan macam-macam lagi….
Jangan fikirkan berkahwin nak sedap je….Walaupun tugas memimpin di tangan suami tapi isteri juga boleh memainkan peranannya….
Dengan sifat semulajadi yang lemah lembut..penyayang dan sabar…boleh menegur dengan berhemah tat kala suami kita leka…..
Ingatlah dunia ini hanyalah jambatan untuk kita kesana…
about 1 year ago
kalau itu yang boleh dilakukan…tak ada masalah
cuma Islam nak yang terbaik…jika itu terbaik boleh bahagia..teruskan
setiap orang ada pendirian masing-masing tetapi mesti mengikut syariat…