Maklumat Produk & Informasi Terkini, Promosi
Nak Tambah Air Mani
Buah kerandut mengandungi tisu yang menghasilkan sperma dan hormon testosterone. Jika isi padu buah zakar kurang daripada normal iaitu kurang daripada 12 mililiter (ml) ia menandakan bilangan sperma merosot.
Jika isi padu lagi kurang iaitu kurang daripada 6 ml, kemungkinan kilang sperma tidak berkemampuan menghasilkan sperma.
Jika lelaki itu mempunyai satu buah kerandut saja, jika isi padu normal kemungkinan ia mampu menghasilkan sperma mencukupi kecuali isi padu buah kerandut kecil.
Berkaitan air mani pula, kandungan air mani membabitkan 70 peratus cecair pundi prostat, 25 peratus cecair pundi seminal serta sperma manakala yang selebihnya cecair pundi epididimis, pundi cowpers dan cecair pepundi dalam salur kencing.
Mengenai isi padu air mani, jika lelaki berkenaan hanya menghasilkan kurang daripada 2 ml, kemungkinan pembukaan salur ejakulatori yang menyalurkan cecair dari salur sperma dan pundi seminal sempit, oleh itu cecair tidak dapat keluar dengan sempurna.
Ujian imbasan atau ultrasound kepada prostat dan salur ejakulatori dapat mengesahkan kedudukan salur itu, sama ada ia sempit atau sebaliknya.
Jika lelaki itu teruja dan terangsang, darah akan masuk dengan banyak ke dalam otot zakar dan juga ke dalam pundi prostat dan keseluruhan sistem pepundi, dan ini menyebabkan pundi itu mengembang dan mudah menghasilkan cecair sebagai isian air mani.
Jadi tidak hairan jika dalam keadaan teruja, isi padu air mani yang dikeluarkan memang banyak.
Didapati juga lelaki yang mempunyai varikosel (pembuluh darah ven kepada buah zakar kembang dan berpuntal puntal) menghasilkan air mani yang banyak, melebihi 5ml dan cair.
Sesetengah makanan dapat menambahkan isi padu air mani seperti bawang, asparagus dan brokoli selain kekacang dan daging merah. Tiram juga dapat menambah isi padu air mani.
Herba seperti tongkat ali, tribulus dan maca juga dapat menambah air mani. Malah, makanan harian sedia ada sudah mencukupi dan mungkin anda boleh tambah dengan amalan pengambilan herba tongkat ali seperti jenama NU-PREP100.
Jika sudah beristeri dan belum mempunyai anak, anda perlu menjalani ujian air mani jika apa yang anda amalkan itu tidak menghasilkan kehamilan kepada isteri.
Sumber : Metro
PRODUK TAMBAH AIR MANI : DI SINI
| Print article | This entry was posted by admin on December 17, 2010 at 12:58 pm, and is filed under Perkongsian Ilmu. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |






















