Maklumat Produk & Informasi Terkini, Promosi
Perawan Harus Diminta Izin dan Jangan Dipaksa
Seorang gadis adalah yang lebih berhak dalam persoalan perkahwinannya. Oleh kerana itu ayah atau walinya tidak boleh meremehkan pendapatnya serta mengabaikan per setujuannya.
Sebab Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Janda lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya, sedang perawan dimintai izin tentang urusan dirinya, dan izinnya itu ialah diamnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan di riwayat lain diterangkan sebagai berikut: “Ada seorang perempuan (gadis) datang kepada Nabi memberitahukan, bahawa ayahnya telah mengawinkan dia dengan keponakannya sedang si perempuan tersebut tidak suka. Kemudian oleh Nabi persoalan itu diserahkan kepada perempuan tersebut. Tetapi kemudian perempuan itu berkata: ‘Saya telah laksanakan apa yang diperbuat ayahku itu, tetapi saya ingin memberitahu kepada orang-orang perempuan, bahawa ayah-ayah (orang tua) tidak ada hak sedikitpun dalam masalah ini.’” (Riwayat Ibnu Majah dan lain-lain)
Seorang ayah tidak boleh memperlambat perkahwinan anak gadisnya kalau ternyata telah dipinang oleh laki-laki yang telah cocok (kufu), beragama dan berbudi. Sebab Rasulultah s.a.w. pernah bersabda:
“Ada tiga perkara yang tidak boleh dilambatkan, iaitu: (1) shalat, apabila waktunya telah tiba, (2) jenazah apabila sudah datang, (3) seorang perempuan apabila sudah didapat (jodohnya) yang cocok.” (Riwayat Termizi)
Dan sabdanya pula: “Kalau datang kepadamu orang yang kamu telah setujui agamanya dan budi pekertinya, maka kahwinkanlah anakmu dengan dia, kerana kalau tidak kamu laksanakan, maka (anakmu) itu akan menyadi fitnah di permukaan bumi ini dan kerusakan yang sangat besar.” (Riwayat Termizi)
| Print article | This entry was posted by admin on August 7, 2011 at 1:34 am, and is filed under Kahwin dan Islam. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |























